Kerjaya Karel Geraerts

Geraerts bermain untuk Club Brugge dari 1998 sehingga Disember 2003. Pada 2004 Club Brugge membenarkan beliau berpindah ke kelab Lokeren dan beliau menjaringkan gol pertamanya di Liga Pro Belgium. Pada musim panas 2004, beliau berpindah ke Standard Liège. Pada Jun 2007 beliau kembali semula ke Bruges. Selepas musim 2010-11, Geraerts ingin keluar dari Club Brugge dan mencari kelab baru dan akhirnya beliau berpindah ke kelab Oud-Heverlee Leuven. Selepas kontrak Geraerts tamat pada 2014, beliau berpindah secara percuma ke kelab Charleroi.

Pada 2005, Geraerts membuat debut untuk pasukan kebangsaan Belgium. Perlawanan pertama beliau pada 12 Oktober menentang Lithuania pada kelayakan Piala Dunia, beliau juga menjaringkan gol pembukaan perlawanan.